21 January 2014

Br1m | Layak ke tidak?

Assalammualaikum...

Sekarang ni orang dok sibuk cerita pasal BR1M  Orang nak bagi duit siapa tak nak kan? Korang layak tak terima BR1M? Kalau layak ada mohon tak? Masa BR1M 2.0 dulu semua kena kena berbaris nak dapatkan voucher bayaran bagi yang layak. Kesian orang2 tua... kena jugak berbaris... 



Tapi untuk BR1M 3.0, pihak berkenaan telah menaiktaraf cara pengurusan. Telah disediakan kemudahan supaya sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun bank penerima. Kan mudah tu, tak perlu nak berpeluh2 berbaris dah. Tahu2 duit dah masuk akaun. Langkah ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penerima terutamanya golongan warga tua, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal mendapatkan BR1M tanpa perlu beratur panjang dan mengambil tempoh lama, untuk mendapatkan voucher wang tunai. Jadi kepada mereka yang sudah mendaftar dan belum lagi mengemaskini akaun ban bolehlah mengemaskini maklumat akaun di laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my/

Untuk mengemaskini, boleh ikut langkah2 berikut :-

1. Layari laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my/

2. Masukkan maklumat seperti nombor MyKad, Tarikh Lahir dan klik Kemaskini Permohonan BR1M.


3.  Kemaskini maklumat permohonan. Klik di bahagian Akaun Bank dan tanda pada Maklumat Bank (Pilih bank apa dan masukkan no kaun bank tersebut)


4. Apabila sudah selesai memasukkan no akaun bank, klik butang KEMASKINI untuk membuat akuan pengesahan. 



5. Masukkan maklumat yang diperlukan kemudian tandakan pada kotak akuan persetujuan dan klik butang SETUJU & HANTAR. Apabila kemaskini berjaya satu pop up message akan dipaparkan yang menyatakan kemaskini telah berjaya dilakukan.


Info Penting

  • Kemas Kini Permohonan BR1M hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

  • Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

20 January 2014

Dia Datang Lagi

Assalammualaikum...

haaa siapa yang datang tu? Hensem ke dia? Tampan ke dia?  Hehehe sebenarnya penyakit malas Maksue dah mula datang menyerang. Bersungguh ler sebelum ni paksa diri nak update blog setiap hari, end up seminggu sekali pun dah rasa malas nak ketuk keyboard ni... lahaiii tak istiqomah betul Maksue ni kan.....


Hmm apa ya nak bagi motivasi supaya ada semangat nak update blog hari2?

09 January 2014

Leleh Air Liur....

Assalammualaikum....

Minggu lepas gi mkn dekat Victoria Station Damansara. Lama dah teringin nak mkn steak yg sedap. Kebetulan ada voucher free so apa lagi pergi le memenuhi keinginan nafsu mkn...

So tertunai ler hajat tekak nak mkn steak... dan kebetulan mkn free kan order ler lobster sekali... kalau Maksue bayar guna duit sendiri fikir jugak empat lima kali nak order.... hihihi syukur alhamdulilah.... rezeki!



Lobster tu half je tau. Tu pun dah cecah RM80 gak untuk set tu. Tapi memang berbaloi ler ambil set ni. Sedap sangat ok!

Voucher tu Maksue menang joint contest. Alhamdulillah rezeki. Hmmm ada lagi ni beberapa keping. Nanti boleh pergi lagi. Hihihi.... sekeping voucher tu nilai dia RM50. Kalau mkn lebih dari nilai voucher topup le dgn cash.

Rasa nak buat giveaway ler untuk sekeping voucher  Victoria Station ni... rasa2 ada ke nak joint giveaway Maksue ni ye? What say u?
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template