18 March 2011

Tandas Mengundang Padah

Cara penggunaan tandas yang salah boleh membawa kecelakaan kepada diri sendiri. Apa yang menjadi kebiasaan kita ialah untuk tandas yang jenis duduk tetapi  kita bertinggung di atasnya. Saya adalah salah seorang daripada kalangan mereka yang menjadikan amalan seperti itu sebagai satu kebiasaan. Biasanya apabila berkunjung ke tandas awam, amalan bertinggung di atas tandas duduk merupakan satu fenomena biasa bagi sesetengah kita. Mungkin disebabkan jijik untuk duduk atau pun memang sudah jadi satu tabiat. Sebenarnya tanpa kita sedari, amalan seperti ini boleh mengundang padah kepada diri kita sendiri. Saya juga seringkali hampir terjatuh bila mula memanjat di atas tandas tersebut disebabkan selipar yang agak licin. Tapi masalahnya saya masih tidak mengambil iktibar dan masih menjadikan amalan bertinggung di atas tandas duduk sebagai satu kebiasaan. Untuk tandas jenis ini, saya hanya akan duduk untuk tandas di rumah saya sahaja. Kalau tandas di rumah orang atau pun tandas awam memang saya akan bertinggung walau pun saya tahu bahaya yang menanti.

Tapi pagi ini dapat email dari sahabat saya mengenai padah bertinggung di atas tandas duduk membuatkan saya hampir pitam. Ya Allah... ngerinya!!! Moga menjadi pengajaran kepada diri saya yang suka bertinggung di atas tandas duduk ni. Lepas ni kalau nak guna tandas awam, kenalah cari tandas yang jenis leper tu!

Agaknya orang ni tengah bertinggung atas tandas tu dan tandas tu runtuh agaknya... lahai ngerinyaaaa!!!



17 March 2011

Zakat Pendapatan


Zakat pendapatan bermaksud zakat perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.

Kerap-kali timbul persoalan di kalangan masyarakat mengenai kaedah pengiraan zakat pendapatan. Ada yang menimbulkan pertanyaan, seandainya pendapatan yang diperolehi saban bulan itu habis, maka masihkah wajib menunaikan zakat pendapatan? Bahkan ada yang mengaku, kadang-kala bukan sekadar gaji tidak cukup, simpanan di bank pun ‘dikorek’ sama.

Sebelum itu, harus difahami bahawa asas kepada pembayaran zakat adalah kepada harta yang melebihi nisab. Ia bermaksud, keperluan wajib diri dan tanggungan sudah dipenuhi. Ia juga bermaksud, seseorang itu sebenarnya sudah ‘kaya’, kerana hartanya berlebihan daripada nisab.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 219:

“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “(Apa) yang lebih daripada keperluanmu.”

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, al-Qardhawi menyatakan bahawa Islam mewajibkan zakat hanya bagi harta yang mencapai nisab dan melebihi keperluan. Keperluan yang dimaksudkan pula, meliputi enam aspek perbelanjaan, iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, rawatan dan pengangkutan.

Namun begitu, ada juga pandangan ulamak yang menyatakan zakat pendapatan harus dikeluarkan tanpa perlu menolak apa-apa perbelanjaan. Ia dikiaskan kepada zakat pertanian, iaitu setiap kali pertanian dituai maka ia terus dikeluarkan zakatnya sebanyak lima atau 10 peratus, tanpa perlu menolak perbelanjaan terlebih dahulu.

Perincian pengiraan

Dalam konteks amalan kini, majoriti pusat zakat seperti Lembaga Zakat Selangor sendiri mengamalkan tiga kaedah pengiraan zakat pendapatan.

Pertama : Tanpa tolakan
Kaedah 1  : Jumlah pendapatan setahun X 2.5 peratus = Zakat pendapatan

Kedua : Tolakan asas
Kaedah 2 : Jumlah pendapatan setahun – Tolakan asas X 2.5 peratus = Zakat pendapatan

Tolakan asas ialah:

Diri sendiri :                                                                   RM9,000.00

Isteri :                                                                            RM3,000.00

Anak-anak :                                                                  RM1,000.00 seorang (jumlah anak)

KWSP :                                                                        11 atau lapan peratus setahun

Pemberian kepada ibu bapa :                                        RM? setahun

Caruman di institusi yang menunaikan zakat :   RM? setahun

Nota : 
Tolakan asas ini sejajar dengan tolakan pengiraan cukai sebagaimana di Lembaga Hasil Dalam Negeri

Ketiga : Tolakan perbelanjaan sebenar
Kaedah 3 : Jumlah pendapatan tahunan – Tolakan perbelanjaan sebenar X 2.5 peratus

Tolakan perbelanjaan sebenar:

Makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, rawatan dan pengangkutan.

Untuk lebih memudahkan, kiraan secara online boleh dilakukan menggunakan Kalkulator Zakat Pendapatan


Pro dan kontra Kaedah Pengiraan di atas

Pro dan kontra menggunakan kaedah di atas wajar dilihat. Jika kita menggunakan kaedah pertama, maka zakat pendapatan kita menjadi begitu besar dan ia langsung tidak mengambil kira aspek keperluan seseorang.

Manakala, jika kita mengambil kaedah ketiga maka ia berkemungkinan besar menyebabkan seseorang itu boleh jadi terlepas daripada zakat pendapatan. Bahkan, tidak mustahil seseorang itu boleh jadi termasuk ke dalam golongan asnaf pula, iaitu asnaf miskin.

Oleh sebab itulah, kaedah kedua lebih sesuai diaplikasikan. Ia tidak menyebabkan zakat seseorang menjadi terlalu besar dan pada masa yang sama, tidak menyebabkan seseorang itu terlepas daripada kewajipan berzakat.

Ini kerana, pada zaman moden ini, kekayaan tidak boleh lagi diukur sekadar pada harta yang dimiliki tetapi juga kemampuan mengumpul dan membelanjakannya. Sebagai contoh, seseorang yang mampu memperolehi RM5,000 sebulan; namun setelah ditolak perbelanjaan maka kemungkinan akhirnya dia menjadi orang yang tidak layak berzakat.

Namun pada masa yang sama, orang yang sama mampu memiliki rumah dua tingkat berharga RM200 ribu (bulanan RM2000), dua buah kereta yang masing-masing berjumlah RM100 ribu (bulanan RM1,000), membeli perabot dan barang elektrik secara kredit dan menjelaskan pelbagai bayaran tambahan lain. Semua perbelanjaan ini mungkin menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan belanja bulanan berjumlah RM4,999.00 atau mungkin lebih lagi.

Adakah wajar kita menyatakan orang seperti ini miskin dan tidak layak berzakat? Pada masa yang sama, adakah wajar pula dia mendapat zakat? Sedangkan pada masa yang sama dia mampu hidup mewah dan selesa?

Di sinilah timbulnya penilaian sebenar terhadap kemampuan berzakat. Maka, atas dasar itulah, pusat-pusat zakat seperti LZS (MAIS) mengesyorkan kaedah kedua yang lebih praktikal untuk menunaikan zakat pendapatan.

Sumber : Blog Zakat Selangor

16 March 2011

Rezeki Allah

Assalammualaikum :)

"Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Q.S At Thalaaq : 3)

Syukur Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini rezeki agak murah sikit. Datang pulak dalam pelbagai bentuk yang tak terduga sama sekali. Sama ada dalam bentuk wang ringgit atau pun material. Dan yang pasti saya sangat2 bersyukur. Walau pun tidak seberapa tapi ianya cukup membuatkan hati saya berbunga2.


Oh ingat lagi entry saya pasal dapat tiket free dari Nuffnang? Alhamdulillah, rezeki jugak tu walau pun hanya 4 keping tiket wayang je. So bolehlah untuk layan 2 movie secara percuma. Saya sangat2 suka sebab saya ni boleh dikategorikan sebagai kaki wayang jugak. Walau pun bukan pengunjung wayang tegar tapi bila ada movie yang best pasti tak nak lepaskan peluang. Dan baru2 ni jugak kekanda dapat lagi 2 keping tiket free dari Celcom untuk cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Wallaaaa.... lagi sekali boleh tengok wayang percuma walau pun tiket tu hanya boleh digunakan selepas 17 March. Tak kisahlahkan janji boleh tengok free.. saya memang suka bila benda2 free ni... sapa tak suka kan?? Itulah rezeki Allah namanya, walau pun tidak seberapa tapi syukur alhamdulillah :)


Satu lagi, sejak pindah rumah sendiri hari tu, memang berhajat sangat nak buat build in rak kasut. Tapi memandangkan budget banyak lari, so saya pendamkan saja niat tu. Jadinya untuk mengelak kasut bersepah saya belikan rak kasut yang murah dulu. Janji ada tempat untuk sembunyikan kasut2 tu.  Dengan harapan bila ada rezeki lebih nanti baru nak buat rak kasut. Dan baru2 ni saya panggil kontraktor yang buat kitchen cabinet saya dulu untuk buat sedikit modifikasi kabinet dapur saya. Banyak jugak pengubahsuaian yang dibuat. Selain tu saya tambah lagi 2 pintu untuk wardrobe bilik tidur saya. Kalau dikira2 mahu seribu lebih jugak melayang. Tapi alhamdulillah, kontraktor tu kata tak payah bayar. Wahh hati saya sudah berbunga2. Dan tambah lagi berbunga2 bila dia nak buatkan saya rak kasut. dan bila saya tanya berapa, dia kata takpe. Huhuhu saya sudah jadi segan tersipu2 tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu. Rasa nak melompat2 je tapi kontrol ayu. Save budget saya :)

Oh ya, saya tengah berkira2 nak buat tembok dekat tanah sekangkang kera dekat tepi parking saya tu. Kononnya nak bercucuk tanam skit. Tapi dok bertangguh2 sebabnya budget byk disalurkan ke perkara yang lebih penting. Nak buatnya tidak ler mahal mana pun tapi saya fikir tak buat lagi pun takpe. Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas tiba2 dapat email yang menyatakan RMxxxx telah dikreditkan ke akaun saya untuk bayaran hadiah anugerah khidmat cemerlang. Huh! kegembiraan berganda. Syukur alhamdulillah. So dengan duit yang tidak seberapa tu boleh ler cover apa yang patut.

Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang Engkau limpahkan pada kami, sungguh rezekiMu datang dari arah yang tidak disangka-sangka.

09 March 2011

A Doctor In The House - The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

Buku yang wajib saya miliki. Kalau beli online dari MPH 15 hari baru boleh dapat. Weekend ni ingat nak pergi MPH, harap ada stok.


A DOCTOR IN THE HOUSE - The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
By Mahathir Mohamad
 

(MPH Group Publishing, March 8, 2011)

THIS IS THE STORY OF MALAYSIA AS I SEE IT. This is also my story.

I have written about the wisdom of our founding fathers who crafted a political system that has enabled the country to democratically and peacefully resolve the problems and challenges inherent in a complex society. Malaysia may not be styled after the liberal democracies of the West, but it is led by governments elected by the people at the central and state levels. Not many former colonies have been able to make democracy work. We have.

In Malaysia, Opposition candidates can win, and be successful enough to gain control of state governments, if not the central government. Although the Alliance Party and its successor, the Barisan Nasional, have won all the national elections since Independence, there have been exhilarating highs and worrying lows. As I write this, the coalition remains vulnerable, having lost five states to the Opposition at the 2008 General Election. To regain its robustness, Barisan Nasional must make an honest assessment of its virtues and its failings, and must be prepared to take radical measures if it is to be a relevant and effective leader of Malaysia in the new millennium.

Because of pragmatic policies, Malaysia made a smooth transition from an agricultural economy to an industrial one. The sons and daughters of subsistence farmers and fishermen now work in air-conditioned factories, handling delicate instruments and producing sophisticated products for the world market.

Today, Malaysia is among the most developed in the developing world. It plays a significant role in international affairs, focusing mainly on the injustices perpetrated by the wealthier nations against poorer ones. It has been one of the most outspoken of Islamic countries. We have flourished economically. Kuala Lumpur, an unknown capital of 300,000 inhabitants at Independence, has been transformed into a cosmopolitan city of more than two million. Its skyline is characterised by impressive buildings led by the luminous Petronas Twin Towers, once the tallest in the world. Our development plans have always taken into account the needs of the day and those of the distant future.

I played some part in all this but it would be remiss of me not to credit my predecessors for Malaysia’s phenomenal progress. They set the foundation—and I only built on it. Without their sound judgment and foresight, my task would have been significantly harder.

These memoirs must naturally contain a focus on my role, but essentially it is about my beloved Malaysia, a country which has given me—indeed, all Malaysians—a good life. There will be other books about Malaysia, even about me, from other perspectives. But I hope that here, I have done justice to my country.

I still wonder if this book is readable. I am assured that it is. But my doubts remain.
Tun Dr. Mahathir Mohd
Sumber : Eric Forbes

07 March 2011

Suara Hati



Salah seorang penyanyi  yang  mampu menarik minat saya untuk mendengar nyanyiannya berulang2 kali. Suara yang sangat sesuai membawa lagu berentak mendayu2. Salah satu lagu beliau yang sangat menyentuh hati. Boleh meremang bulu roma bila dengar lagu ni :)

Tajuk : Suara Hati
Penyanyi : Fazli Zainal

Kesilapan ku dulu
Menghantui kehidupan
Dan engkau pun berlalu
Tinggal aku tak menentu
Apa ini dugaan hadir untuk menguji ku
Ke mana haluan nak ku bawa

Chorus

Rindu pada dirinya tidak lagi tertahan
Mengapa menghilang tanpa berita
Dengarkanlah suara dari yang terluka
Masih ada cinta buatmu

Mudah engkau letakkan hukuman mu di bahuku
Seolah tak bererti hingga cintaku semalam
Apa ini dugaan hadir untuk menguji ku
Ke mana haluan nak kubawa

#ref
Rindu pada dirinya tidak lagi tertahan
Mengapa menghilang tanpa berita
Dengarkanlah suara dari yang terluka
Masih ada cinta buatmu

Berdoalah seorang pencinta
Menanti dan terus menanti kembalimu
Oh hadirlah mainan cintamu kan bertahan
Oh hanya berkubur akhirnya

♥Terima Kasih Cinta ♥

Assalammualaikum :)

Hari ni mood untuk bekerja sangat2 merudum. Isnin yang biru agaknya. Orang lain pun saya nampak sedang berjimba2 secara berjemaah. Mentang2 big boss tak masuk opis hari ni bukan main lagi masing2 yer...

Cerita basi lagi. Kali ini  pasal teater pulak. Seminggu lepas berkesempatan untuk menonton teater Terima Kasih Cinta. Walau pun melihat sambil mengecil2kan anak mata sbb dapat seat yg sangat jauh dari pentas, tapi saya sangat2 berpuas hati. Pelakonnya pun hebat2 belaka walau pun ramai muka2 baru. Teater ini adalah adaptasi daripada filem Cinta. Jalan cerita masih sama walau pun  ada pengubahsuaian mengikut kesesuaian  teater. Jujurnya saya masih lagi suka versi filem lagi. Cuma bila filem diteaterkan, kita akan terbuai dengan lagu2 yang dinyanyikan.

Saya sangat2 suka dengan lakonan Safura, Latff Ibrahim, Didi AF dan juga Deja Mos. lakonan Anding AF juga tidak kurang hebatnya. 

5 cerita digarap dipentas yang sama. Jadi set pentasnya agak terbatas. Rasa terganggu jugaklah kejap2 tukar itu kejap2 tukar ini. Walau apa pun saya masih lagi enjoy menonton :)



01 March 2011

Birthday Dinner ♥♥♥

Assalammualaikum :)
Hari pertama bulan March. Ishh cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ketiga tahun 2011. Dua bulan dah berlalu rupanya. Disebabkan sibuk dengan  internal audit,  jadinya  kurang berkesempatan nak berjimba2 di alam maya. Maka banyaklah cerita ceriti minggu lepas tak sempat dicatatkan. 
So hari ni, cerita basi minggu lepas. Sempena birthday saya,  jadinya pergi  dinner di Restoran Ibunda dekat Jalan Bukit Bintang. Walau pun boleh kata tiap2 minggu lalu kat kawasan tu tapi nilah kali pertama jejak kaki kat restoran ni. Pertama kali masuk rasa teruja sbbnya seperti masuk rumah Melayu lama je. Tempatnya nampak sangat2 privasi sbb masa kami masuk tu takde org lain pun. Kalau ada pun yang  berada di tingkat atas je. So bolehler dinner dengan suasana tenang sbb tak perlu nak melihat gelagat orang lain kan....
Makanan kat sini pun boleh tahan sedapnya. Ye le  saya ni memang tekak Melayu asli, so makanan yang disajikan pun masakan Melayu. Memang menepati citarasa saya sangat2. Cumanya rasa terkilan sikit dengan sup ketamnya sebab sup ketam yang dihidangkan lari dari apa yang saya jangkakan. Nasib baik menu yang lain sangat2 superb. Hilang jugak ler rasa terkilan pasal sup ketam hihihi. Saya sangat suka ikan pais dan udang galah masak lemak. Sangat2 berbaloi dengan harga yang dibayar. Alhamdulillah lepas ni boleh ler pergi lagi kan.
psstt : bila orang belanja, makanan tak sedap pun jadi sedap :)
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template