31 January 2014

Arrowhead | Projek Ngaku

Bosan tak tahu nak buat apa, tiba2 teringat dgn ngaku.... haaa korang kenal tak ngaku tu apa? Maksue dulu pun tak kenal ngaku tu apa... selalu tgk kat supermarket nyonya2 suka berkerumun pilih buah yg ala2 bawang putih tapi ada tangkai... tetfikir jugak dorang masak buah tu macam mana ye? hihihi sungguh ketinggalan Maksue ni.. Arrowhead ni rupanya bermusim jugak... kallau time Chinese New Year memang byk dijual. Rupanya ngaku atau arrowhead ni diimport dari China. Patut pun mahal skit harga dia...

Sebelum ni tak tahu pun pasal arrowhead ni. Nak tanya pakcik google tak tahu nama dia. Kebetulan jln2 kat supermarket ada orang bagi tahu macam mana nak buat buah tu. Ohh rupanya nama dia ngaku atau omputih panggil arrowhead. Hihihi satu lagi rupanya buah tu utk buat kerepek...

Hari ni sanggup keluar pergi Econsave semata2 nak beli ngaku ni. So boleh ler buat projek kerepek ngaku. Sebelum mula projek tu tanya2 jugak pakcik google proses nak buat tu... almaklum ler 1st time ni Maksue nak buat ni. Rupa2nya ada tips ye nak buat kerepek ni supaya mudah nak menggoreng. So nak tahu details tips2 dia Maksue ada kongsikan kat sini yer...


 Inilah hasil mengaku Maksue hari ni. Sedap rupanya kerepek ngaku aka arrowhead ni. Hihihi patut ler ramai org bila bila time dia buat offer tu.

2 comments:

kak ina kl said...

sedap kan tapi nak buat kena ada virus R lah

Phoebe said...

Tidak pernah dengar pasal ngaku ni sis. Rasa dia macam kentang juga kah?

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template