09 November 2014

S.I.H.A.T | Masam2 Manis

Assalammualaikum....

Alhamdulillah.... dah masuk bulan November dah. Maksudnya kita sudah berada dalm bulan2 terakhir tahun 2014. Cepat sungguh masa berlalukan.... November ni jugak bulan penuh debaran untuk Maksue. Perancangan hampir setahun akan tertunai bulan ni... Insya Allah semoga Allah permudahkan segala2nya... so seminggu 2 ni sibuklah Maksue untuk buat persiapan. Persiapan?  Heheh persiapan apalah agaknye je? Ayat mcm poyo semacam jekan. Sebenor eh Maksue tgh rancang percutian  bagpacker dgn member2 Maksue.... sbbkan 2 3 nblan lepaz Maksue sibuk sgt..... orang lain dah siap semua keperluan, Maksue je baru terhegeh2 ank beli itu ini...

Semalam pergi Mid Valley kononnnye nak cari keperluan yg penting2.... Tak jumpa pulak apa yg dihajat. Dengan kaki yg ala2 pancit berkejar ke Mines pulak. Dengan harapan jumpalah barang2 yang dicari. On the way nak ke parking lalu Cold Storage... ternampak org mcm buat magic depan Cold Storage. Buat magic? Heheh takdelah saja je...


Nampak tak brother botak tu buat apa? Macam bestkan.... perah buah delima guna compressor tu. Ni betul2 pati asli buah delima.... tanpa perisa tambahan. Sebotol kecik tu harga dia RM11.98.... kira RM12 le kan... pesal le tak letak terus harga RM12. kat kaunter masa nak bayar nanti pun dia akan genapkan jadi RM12. Hihihi teknik marketing agaknye supaya nampak murah.



Macam darahkan? Hihihi Maksue beli sebotol. Pejam mata minum sbb terbayang2 darah. Rasa mcm drakula pulak minum darah. Rasanya? Alaaa rasa buah delima le kan hahaha.... sgt2 segar ditekak. Meleleh2 air mata Maksue minum. Rasa masam mendominasi rasa manis. Sbb beli mahal minum jugak sampai titisan terakhir. Sebenarnya buah delima ni banyak sangaf khasiat dia. Buah delima juga salah satu buah yang ada disebut dlm Al-Quran... salah satu buah yang berasal dari Syurga Allah. 

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan. 

Tapi nak mkn hari2 buah delima ni tak ler Maksue... sbb Maksue bukan jenis yg sabar nak kutil satu2 isi dia tu. Hihihi harga pun boleh tahan mahal jugak kan.... boleh cecah RM5 sebijik..... ehhh kedekutnya Maksue  utk kesihatan pun nak berkira :p

25 October 2014

Tu Dia | Bersawang

Sungguh.... kalau ibarat rumah sudah bersawang habis ni. Hampir 9 bulan terbiar tak dijengok. Sungguh laaa kan....pemalas habiss hihihi.....


Apa2 pun salam Maal Hijrah dari Maksue.... semoga hari2 mendatang lebih baik dari sebelumnya....  Insha Allah :)


05 February 2014

wordless #6

Untuk kegunaan harian, korang guna mana satu? Foundation? BB Cream? CC Cream?


04 February 2014

Aduh...

Assalammualaikum...

hehehe jatuh ke? Sakit ke? Naper mengaduh?? Ni bukan apa ye... cuma lagu jer. Selalu jugak dengar lagu ni kat radio tapi tak pasti siapa penyanyi dia... ingatkan band dari tanah seberang tapi rupanya2 penyanyi Malaysia Ajai... hehehe cam best jugak lagu ni... boleh ler layan kalau sangkut dalam jem balik kerja tu...


Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan
Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan

Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan

Chorus
Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu
Kita tak sehaluan

Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu

31 January 2014

Arrowhead | Projek Ngaku

Bosan tak tahu nak buat apa, tiba2 teringat dgn ngaku.... haaa korang kenal tak ngaku tu apa? Maksue dulu pun tak kenal ngaku tu apa... selalu tgk kat supermarket nyonya2 suka berkerumun pilih buah yg ala2 bawang putih tapi ada tangkai... tetfikir jugak dorang masak buah tu macam mana ye? hihihi sungguh ketinggalan Maksue ni.. Arrowhead ni rupanya bermusim jugak... kallau time Chinese New Year memang byk dijual. Rupanya ngaku atau arrowhead ni diimport dari China. Patut pun mahal skit harga dia...

Sebelum ni tak tahu pun pasal arrowhead ni. Nak tanya pakcik google tak tahu nama dia. Kebetulan jln2 kat supermarket ada orang bagi tahu macam mana nak buat buah tu. Ohh rupanya nama dia ngaku atau omputih panggil arrowhead. Hihihi satu lagi rupanya buah tu utk buat kerepek...

Hari ni sanggup keluar pergi Econsave semata2 nak beli ngaku ni. So boleh ler buat projek kerepek ngaku. Sebelum mula projek tu tanya2 jugak pakcik google proses nak buat tu... almaklum ler 1st time ni Maksue nak buat ni. Rupa2nya ada tips ye nak buat kerepek ni supaya mudah nak menggoreng. So nak tahu details tips2 dia Maksue ada kongsikan kat sini yer...


 Inilah hasil mengaku Maksue hari ni. Sedap rupanya kerepek ngaku aka arrowhead ni. Hihihi patut ler ramai org bila bila time dia buat offer tu.

Rezeki l Wanginyer...

Cuti Chinese New Year ni x kemana2... so Maksue gigihkan diri kemas rumah. Keluar jugak peluhkan... sambil2 kemas tu belek2 hadiah contest yg ambil hari tu... nak agih2kan utk family Maksue... kakau guna sendiri setahun x habis ni... apa2 pun syukur alhamdulillah :)


 hihihi ni ler yg Maksue dapat hari tu, syukur! Jimat duit Maksue nak beli losyen. Perfume tu memang rezeki anak2 fruit Maksue le sbb Maksue tak guna perfume ni...

Harap tahun 2014 ni makin murah rezeki untuk Maksue.... hihihi teringin nak menang cash / gadjet. Insya Allah ada le tu nantikan... usaha....usaha...usaha. Insya Allah!










29 January 2014

wordless wednesday #5


 my wishlist... korang suka pandora x?

Hadiah | Rezeki Pembuka 2014

Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki pembuka untuk tahun 2014. Dapat 4 tin cat pearl silk ecohealth dari Jotun dengan hamper Enchanteur dan Secret Garden.... syukur masih ada rezeki untuk Maksue untuk tahun 2014. Rasa happy sangat memandangkan Maksue ni baru lagi dlm bercontes ni


 Banyak2 hadiah kat atas tu Maksue suka sgt dengan cat tu. Boleh ler buat projek menconteng rumah cuti Chinese New Year ni... Rumah Maksue pun dah lama tak tukar cat... hihihi igt nak tukar cat untuk dining Maksue... hrp rajin le nanti ni...

Korang cuti lama Chinese New Year ni plan nak pergi mana? mesti ramai yg ambil kesempatan untuk balik kampung kan.... apa2 pun berhati2 dijalan raya ye... pandu dgn cermat... biar sampai lambat sikit asalkan selamat tiba ke destinasi yg dituju :)



26 January 2014

Juara AJL28

Assalammualaikum....

Lahai lewat pulak Maksue tidur malam ni gara2 melayan AJL28. Tiba2 terminat pulak dengan lagu juara AJL28 Hafiz. Lagu Bahagiamu Deritaku... lirik dia best jugak. Menggigit2 jiwa bila dengar... hmmm terjiwang sekejap Maksue.


Bahagiamu Deritaku - Hafiz

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

25 January 2014

Keperluan dan Kehendak

Assalammualaikum...

Semalam dah gaji untuk kakitangan awam... weekend ni mesti sesak shopping mall dengan supermarket kan... Maksue cadang cuti2 ni nak gigihkan diri buat pie tee... alaa yang selalu mkn kat Chicken Rice Shop tu yang ala2 popia goreng dlm kon comel tu ler.... hari tu dah beli dah acuan dia kat Lazada tapi tak pernah cuba lagi buat. Tanya pakcik Google macam senang je resepi dia... tapi bahan pulak tak ada kat dapur tu. Stok barang lain byk pulak tapi yang nak digunakan tak ada...

Maksue ni bukan apa, kadang2 rasa phobia skit nak masuk supermarket ni. Kadang yang nak dibelinya satu barang je tapi bila tiba kat kaunter cashier tu haaa penuh gak bakul tu dibuatnya. Pada hal yang dibeli tu stoknya ada lagi kat rumah. Tapi sbb kadang2 tu bila pusing2 dlm supermarket tu belek2 harga barang tu ada promosi terus rasa nak beli. Kalau diikutkan harga promosi tu bukan banyak pun beza harga dia dgn harga sebenar. Setakat seposen je pun hahahah.... tapi tu ler memang tabiat buruk Maksue ni suka bebeno beli stok2 barang dapur pada hal kat rumah ada lagi pun barang2 tu. Last2 nanti sampai expired barang2 tu tak habis guna. Dah selalu2 sangat berlaku mcm tu... bila kemas2 stok barang dapur pasti ada yang akan menjadi mangsa tong sampah sebab dah expired. Maksue tak tahu dah macam mana nak ubah perangai membazir Maksue ni. Hehehe ni boleh dikira pembaziran ni kan... beli2 last2 ditongsampahkan. Dari dulu cuba sedaya upaya kawal nafsu membeli tu. Mula2 je berjaya lepas tu jadi balik hahahha...

Dalam keadaan ekonomi yang agak meruncing ni, dengan nilai wang yang semakin mengecil, sepatutnya Maksue tahu membezakan antara keperluan dan kehendak kan... jangan main beli je ikut nafsu... tapi sungguh sekarang ni kalau bawak RM100 pergi supermarket tu, berapa ketul jer barang boleh beli. Kadang Maksue kesian dengan mereka yang berpendapatan sederhana dengan tanggungan isi rumah yang ramai. Terpaksa pandai2 untuk survive dalam keadaan sekarang.

Semoga pihak2 tertentu lebih prihatinkan dengan nasib rakyat marhain seperti Maksue dengan yang lain ni...

Oh ya berbalik dengan niat Maksue nak buat projek pie tee tu, gini ler rupanya pie tee yang Maksue maksudkan tu kalo ada yang tak tahu ye... isi dalam tu mcm popia biasa je atau boleh sumbat dengan apa2 yang bersesuaian dengan tekak. Biasakan derhaka dengan resepi?? ehehehe


Harap menjadi ler projek Maksue ni kan... kalau menjadi nanti Maksue kongsi ye :)

23 January 2014

Sweet

Assalammualaikum....

Bila time bulan mengambang, antara makanan kegemaran Maksue adalah yang suwit2 jer... bila dapat makanan yang manis tu rasa nikmat sangat... mengunyah tu sambil pejam2 mata menikmati kemanisan tu.

Antara makanan kegemaran Maksue adalah coklat. Kalau boleh setiap jam nak mengunyah coklat. Ada orang kata makan coklat ni menggemukkan. Ada yang kata tidak... hehehe tak kisahlah kan... kalau betul makan coklat ni menggemukkan Maksue tak heran pun. Tak makan coklat pun badan memang dah comel gitu...


Korang suka coklat tak?? Maksue paling suka mkn coklat yang ada nuts dalam tu. Sambil kunyah2 tu ada bunyik crunchy2 gitu. Selain mitos2 kata coklat ni menggemukkan, sebenarnya ada banyak kebaikan coklat yang kita tak tak tahu. Antaranya adalah :-

  1. Coklat boleh mengelakkan stress.
  2. Coklat juga membantu meningkatkan pengaliran darah kerana koko mempunyai anti-pembekuan darah sama seperti aspirin.
  3. Coklat boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan kerana ia boleh meningkatkan pengaliran darah ke retina mata.
  4. Coklat boleh membuatkan anda bijak.
  5. Coklat boleh memberikan mood yang baik kepada pengemar coklat.
  6. Coklat juga boleh menlindungi kulit anda.Coklat gelap baik utk kulit anda kerana ia mempunyai anti-oksidan bernama Flavonoid dimana ia melindungi kulit dari kerosakan UV matahari.
  7. Coklat boleh menigkatkan sensitiviti insulin dlm badan dimana ia mengurangkan risiko diabetis.
  8. Coklat mampu bertindak melawan peradangan seperti merendahkan tekanan darah,kadar kolestrol dalam badan dan risiko menghidap penyakit jantung.
  9. Coklat boleh mengurangkan kadar serangan strok.
  10. Khas utk wanita yang mengamalkan diet,ia mampu membuat anda kenyang dan kurang lapar.Sebaiknya pilih coklat gelap berbanding coklat susu.

Haaa lepas ni jangan teragak2 kalau nak mkn coklat tau hehehehe....

22 January 2014

wordless wednessday #4


Korang suka pakai inai tak? Hehe Maksue suka sangat!!!

Design Your Life

Korang giler gadjet tak? Hehehe kalau ye samalah kita. Maksue ni boleh dikategorikan orang yang jenis tak sedar diri. Mudah tergoda dengan gadjet2 baru. Kalau poket tebal takpe lah jugak, ni nak makan pun bercatu kekdahnya tapi bila nampak je gadjet2 baru yang berkenan dimata dan dihati, rasa hati tu membuak2 nak beli. Pada hal yang sedia ada tu masih baru dan elok lagi. Ni bukan satu keperluan lagi ni tapi dah satu kehendak bagi memenuhi tuntutan dunia ekekeke...



Rasa tak sampai setahun lagi Maksue tukar Galaxy 7 Plus ke Notes 8 ni keinginan nak beli Notes 10.1 versi 2014 pulak membuak2 dah. Kalau ibarat teringin makan sesuatu dah rasa dalam tekak dah ni. Lahaiii memang ler tak sedar diri betul Maksue ni. Kategori boros pun ye jugak. Dalam keadaan ekonomi yang semua barang naik ni, tuntutan kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah, Maksue masih lagi tak sedar diri ehehehe...

Tapi setiap kali jengok2 kat sini, makin ler Maksue jadi tak sabar nak tukar no 8 yang ada ni kepada no yang lebih besar yang siap ada titik perpuluhan kat belakang tu. Kena gigih cari duit sampingan ni. Sebolehnya kali ni kalau tukar pun sesen pun tak nak guna duit gaji Maksue... hahahaha boleh ke gitu eh? Mana nak korek duit ni... kalau jumpa duit terpijak kan best... ke korang nak sponsor Maksue ni?? *wink* *wink*

21 January 2014

Br1m | Layak ke tidak?

Assalammualaikum...

Sekarang ni orang dok sibuk cerita pasal BR1M  Orang nak bagi duit siapa tak nak kan? Korang layak tak terima BR1M? Kalau layak ada mohon tak? Masa BR1M 2.0 dulu semua kena kena berbaris nak dapatkan voucher bayaran bagi yang layak. Kesian orang2 tua... kena jugak berbaris... 



Tapi untuk BR1M 3.0, pihak berkenaan telah menaiktaraf cara pengurusan. Telah disediakan kemudahan supaya sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun bank penerima. Kan mudah tu, tak perlu nak berpeluh2 berbaris dah. Tahu2 duit dah masuk akaun. Langkah ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penerima terutamanya golongan warga tua, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal mendapatkan BR1M tanpa perlu beratur panjang dan mengambil tempoh lama, untuk mendapatkan voucher wang tunai. Jadi kepada mereka yang sudah mendaftar dan belum lagi mengemaskini akaun ban bolehlah mengemaskini maklumat akaun di laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my/

Untuk mengemaskini, boleh ikut langkah2 berikut :-

1. Layari laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my/

2. Masukkan maklumat seperti nombor MyKad, Tarikh Lahir dan klik Kemaskini Permohonan BR1M.


3.  Kemaskini maklumat permohonan. Klik di bahagian Akaun Bank dan tanda pada Maklumat Bank (Pilih bank apa dan masukkan no kaun bank tersebut)


4. Apabila sudah selesai memasukkan no akaun bank, klik butang KEMASKINI untuk membuat akuan pengesahan. 



5. Masukkan maklumat yang diperlukan kemudian tandakan pada kotak akuan persetujuan dan klik butang SETUJU & HANTAR. Apabila kemaskini berjaya satu pop up message akan dipaparkan yang menyatakan kemaskini telah berjaya dilakukan.


Info Penting

  • Kemas Kini Permohonan BR1M hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

  • Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

20 January 2014

Dia Datang Lagi

Assalammualaikum...

haaa siapa yang datang tu? Hensem ke dia? Tampan ke dia?  Hehehe sebenarnya penyakit malas Maksue dah mula datang menyerang. Bersungguh ler sebelum ni paksa diri nak update blog setiap hari, end up seminggu sekali pun dah rasa malas nak ketuk keyboard ni... lahaiii tak istiqomah betul Maksue ni kan.....


Hmm apa ya nak bagi motivasi supaya ada semangat nak update blog hari2?

09 January 2014

Leleh Air Liur....

Assalammualaikum....

Minggu lepas gi mkn dekat Victoria Station Damansara. Lama dah teringin nak mkn steak yg sedap. Kebetulan ada voucher free so apa lagi pergi le memenuhi keinginan nafsu mkn...

So tertunai ler hajat tekak nak mkn steak... dan kebetulan mkn free kan order ler lobster sekali... kalau Maksue bayar guna duit sendiri fikir jugak empat lima kali nak order.... hihihi syukur alhamdulilah.... rezeki!



Lobster tu half je tau. Tu pun dah cecah RM80 gak untuk set tu. Tapi memang berbaloi ler ambil set ni. Sedap sangat ok!

Voucher tu Maksue menang joint contest. Alhamdulillah rezeki. Hmmm ada lagi ni beberapa keping. Nanti boleh pergi lagi. Hihihi.... sekeping voucher tu nilai dia RM50. Kalau mkn lebih dari nilai voucher topup le dgn cash.

Rasa nak buat giveaway ler untuk sekeping voucher  Victoria Station ni... rasa2 ada ke nak joint giveaway Maksue ni ye? What say u?

06 January 2014

Demam Piala Dunia FIFA

Assalammualaikum...
Huh! Mabuk ke apa Maksue ni kan... awal tahun dah demam piala dunia FIFA atau FIFA World Cup ni apa kes kan.... Musim piala dunia lambat lagi ni takkan dah demam kot.

Hehehe sebenarnya Maksue jeles tgk member Maksue dpt bergambar dengan piala world cup sempena misi jelajah FIFA World Cup kat PWTC ahad hari tu. Pergh bukan main berlagak lagi dia. Tapi takpelah dah dia memang gigih berasak2 kat PWTC tu. Kalau Maksue tak sanggupnye....

Sebenarnya FIFA World Cup 2014 ni lambat lagi. Jadual perlawanannya bulan Julai nanti tu haaa... tapi sekarang ni dorang dlm rangka promosi le tu, buat misi jelajah World Cup kebeberapa negara sempena FIFA World Cup 2014 yang akan berlansung beberapa bulan lagi. Dan Malaysia tidak terkecuali sebagai negara bertuah tempat persinggahan piala tu. Hehehe tak dapat masuk world cup, jadi tempat singgah piala pun jadilah kan. At least jejak jugak piala tu ke tanah Malaysia ni.

Untuk FIFA World Wup 2014 atau piala dunia FIFA 2014 kali ni akan beraksi di Brazil. Agak2 tahun ni pasukan mana ye yang akan menjulang piala berprestij ni? Maksue tetap setia dengan pasukan favourite Maksue Argentina.

Hehehe korang sokong pasukan mana pulak untuk FIFA World Cup 2014 kali ni?

Online Shopping

Assalammualaikum,
Dalam zaman IT ni dimana semua perkara boleh dilakukan dengan hanya menekan satu butang saja. Sekarang ni nak membeli belah pun orang lagi suka buat atas talian je... Maksue jugak tidak terkecuali. Semenjak dua menjak ni menjadi2 pulak keinginan nak shopping online ni. Lebih2 lagi harga yang ditawarkan secara online lebih murah jika dibanding dengan harga di kedai untuk produk yang sama.

Tapi dalam keghairahan membeli belah atau online shopping ni kena hati2 skit ye, jangan sampai tertipu. Sebaiknya kalau nak juga online shopping ni, pastikan kita beli dari penjual yang memang dah terbukti baik urusniaganya. Dan seeloknya online shopping dibuat dari laman web yang memang terbukti laman web yang sah dan dapat review yang elok dari pembeli sebelumnya.

Maksue tgh tunggu barang jugak ni hasil dari online shopping tempohari. Awal2 tahun dah gigih membeli belah. Tapi Maksue bukan shopping ikut nafsu ye... Maksue shopping barang yang Maksue memang perlu. Ni ler barang yang Maksue dok tunggu2 ni. Harap esok sampai ler tu. Baru tadi pun shoppingnye... tapi tadi dapat email dah kata barang dah dipos. Memang excellent ler service dia. Byk kali dah shopping kat situ. Later Maksue cerita ye....

Ni ler barang2 yg Maksue dok tunggu2 tu.... harap barang yang sampai sama macam yg di publish kat web tu :)

Ni Maksue beli laptop backpack. Ada diskaun 31% ni. Beg ni Maksue beli dari lazada.com.my. Satu yang Maksue suka beli dekat Lazada ni selain ada diskuan best2, kita diberi pilihan cash on delivery. Sevice dia pun cepat. Order hari ni esok barang sampai. Dah banyak kali jugak beli barang dari Lazada ni.



Ni powerbank yang memang dah lama sangat nak beli. Ni pun ada diskaun 20.1%. Hahaha boleh pulak ada 1 kat belakang tu. Kenapa le tak buat 21% terus. Ni Maksue beli dari superbuy.my. Maksue suka beli dekat website ni sebab memang jual yang original saja. Mungkin agak mahal dibanding dengan website lain yang penting barang yang sampai originalkan. Apa2 masalah boleh claim warranty.

kalau korang selalu online shopping kat mana?

05 January 2014

Shopping Free


Assalammualaikum,

Shopping free... siapa yang tak suka kan? Hehe Maksue lagi le suka, asalkan free je pasti buat senyum Maksue lebar sampai ke telinga.

Voucher kat atas tu Maksue dapat dari contest Huawei. Alhamdulillah submit dua nama dan dua2 tu sangkut. Contest ni tak perlukan apa2 POP... just ambil gambar yang ada logo Huawei dan buat slogan based on gambar yang kita ambil. Untuk contest ni ada daily winner dgn weekly winner. Daily akan ada 3 orng pemenang setiap hari. Hadiahnya voucher Giant RM100... untuk weekly pulak akan dapat smartphone Huawei. Maksue dapat menang daily tu pun syukur alhamdulillah...

Voucher ni dah digunakan separuh... ada lagi separuh tak guna. Expired date dia pun lambat lagi...

Untuk tahun ni cuba nak aktifkan diri lagi dengan contest terutamanya offline contest. Tapi biasa offline contest ni memerlukan modal jugak untuk POP. Tapi tak apa, untuk dapatkan hasil kena buat sedikit pelaburankan. Harap2 tahun 2014 ni ada ler sangkut menang gadjet atau pun cash kan... Insya Allah ada rezeki tu nanti :)
Nota Kakiku :

02 January 2014

Tersepit

Yang indah jadikan kenangan... yang duka jadikan pengajaran. Apa yang kita mahu kita yang tentukan. Sesungguhnya... bahagia atau derita kita yang tentukan.

Sungguh, hidup ini adalah satu pilihan. Jangan tersepit dengan pilihan yang mana nanti akhirnya tidak menyebelahi kita.

01 January 2014

wordless wednesday #3

Rezeki Allah datang dalam pelbagai cara. Yang penting usaha dan ikhlas. Alhamdulillah syukur...

Welcome 2014

Alhamdulillah... berkesempatan lagi melangkah ke tahun baru. Biarlah 2013 meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan. Pahit manis yang dilalui 2013 biarlah sebagai pemangkin untuk jadi lebih matang mengharungi tahun 2014 ni.

Semalam u all sambut tahun baru kat mana? Maksue macam biasa memerap je kat rumah. Faktor usia agaknya tak teruja dah nak keluar pergi mana2. Lebih selesa golek2 depan TV layan cerita Korea

Bila tahun baru datang, pasti jadi kebiasaan nak tahu azam tahu baru apa kan. Maksue mcm biasa takde azam pun. Kalau ada pun azam yg sama yang x pernah nak expired. Yang pasti kita sama2 berusaha untuk jadikan yg terbaik dari sebelumnya. Kalau bukan untuk orang lain biarlah untuk diri sendiri

Dan tahun ni Maksue cuba untuk menjadi lebih berdikari. Tidak terlalu bergantung dgn orang lain. Maksue perasan selama ni Maksue terlalu byk bgantung dengan orang lain. Akibatnya bila tempat bergantung mula goyah Maksue mcm jadi hilang punca. So tahun ni kena berusaha jadi lebih berdikari. Kena berusaha cari jalan cari pendapatan sampingan kalau nak hidup selesa skit. Hihihi elaun menteri2 PM kata kena potong untuk langkah penjimatan. Nampaknya elaun bulanan yg biasa Maksue dpt dah bertahun2  pun kena cantas. Bukan 10% mcm Pak Menteri kena tapi Maksue kena potong 100% pulak tu tanpa sebarang notis. Hihi takpe Maksue faham... jadinya tahun ni kena usaha sendiri ye.... Chaiyok! Chaiyok!

Moga tahun ini akan jadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template