31 January 2014
Arrowhead | Projek Ngaku
Rezeki l Wanginyer...
29 January 2014
Hadiah | Rezeki Pembuka 2014
26 January 2014
Juara AJL28
Lahai lewat pulak Maksue tidur malam ni gara2 melayan AJL28. Tiba2 terminat pulak dengan lagu juara AJL28 Hafiz. Lagu Bahagiamu Deritaku... lirik dia best jugak. Menggigit2 jiwa bila dengar... hmmm terjiwang sekejap Maksue.
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
25 January 2014
Keperluan dan Kehendak
Harap menjadi ler projek Maksue ni kan... kalau menjadi nanti Maksue kongsi ye :)
23 January 2014
Sweet
- Coklat boleh mengelakkan stress.
- Coklat juga membantu meningkatkan pengaliran darah kerana koko mempunyai anti-pembekuan darah sama seperti aspirin.
- Coklat boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan kerana ia boleh meningkatkan pengaliran darah ke retina mata.
- Coklat boleh membuatkan anda bijak.
- Coklat boleh memberikan mood yang baik kepada pengemar coklat.
- Coklat juga boleh menlindungi kulit anda.Coklat gelap baik utk kulit anda kerana ia mempunyai anti-oksidan bernama Flavonoid dimana ia melindungi kulit dari kerosakan UV matahari.
- Coklat boleh menigkatkan sensitiviti insulin dlm badan dimana ia mengurangkan risiko diabetis.
- Coklat mampu bertindak melawan peradangan seperti merendahkan tekanan darah,kadar kolestrol dalam badan dan risiko menghidap penyakit jantung.
- Coklat boleh mengurangkan kadar serangan strok.
- Khas utk wanita yang mengamalkan diet,ia mampu membuat anda kenyang dan kurang lapar.Sebaiknya pilih coklat gelap berbanding coklat susu.
22 January 2014
Design Your Life
21 January 2014
Br1m | Layak ke tidak?
5. Masukkan maklumat yang diperlukan kemudian tandakan pada kotak akuan persetujuan dan klik butang SETUJU & HANTAR. Apabila kemaskini berjaya satu pop up message akan dipaparkan yang menyatakan kemaskini telah berjaya dilakukan.
- Kemas Kini Permohonan BR1M hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.
- Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.
20 January 2014
Dia Datang Lagi
Hmm apa ya nak bagi motivasi supaya ada semangat nak update blog hari2?
09 January 2014
Leleh Air Liur....
06 January 2014
Demam Piala Dunia FIFA
Online Shopping
05 January 2014
Shopping Free
Assalammualaikum,
Shopping free... siapa yang tak suka kan? Hehe Maksue lagi le suka, asalkan free je pasti buat senyum Maksue lebar sampai ke telinga.
Voucher kat atas tu Maksue dapat dari contest Huawei. Alhamdulillah submit dua nama dan dua2 tu sangkut. Contest ni tak perlukan apa2 POP... just ambil gambar yang ada logo Huawei dan buat slogan based on gambar yang kita ambil. Untuk contest ni ada daily winner dgn weekly winner. Daily akan ada 3 orng pemenang setiap hari. Hadiahnya voucher Giant RM100... untuk weekly pulak akan dapat smartphone Huawei. Maksue dapat menang daily tu pun syukur alhamdulillah...
Voucher ni dah digunakan separuh... ada lagi separuh tak guna. Expired date dia pun lambat lagi...
Untuk tahun ni cuba nak aktifkan diri lagi dengan contest terutamanya offline contest. Tapi biasa offline contest ni memerlukan modal jugak untuk POP. Tapi tak apa, untuk dapatkan hasil kena buat sedikit pelaburankan. Harap2 tahun 2014 ni ada ler sangkut menang gadjet atau pun cash kan... Insya Allah ada rezeki tu nanti :)
Nota Kakiku :
02 January 2014
Tersepit
Yang indah jadikan kenangan... yang duka jadikan pengajaran. Apa yang kita mahu kita yang tentukan. Sesungguhnya... bahagia atau derita kita yang tentukan.
Sungguh, hidup ini adalah satu pilihan. Jangan tersepit dengan pilihan yang mana nanti akhirnya tidak menyebelahi kita.
01 January 2014
Welcome 2014
Alhamdulillah... berkesempatan lagi melangkah ke tahun baru. Biarlah 2013 meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan. Pahit manis yang dilalui 2013 biarlah sebagai pemangkin untuk jadi lebih matang mengharungi tahun 2014 ni.
Semalam u all sambut tahun baru kat mana? Maksue macam biasa memerap je kat rumah. Faktor usia agaknya tak teruja dah nak keluar pergi mana2. Lebih selesa golek2 depan TV layan cerita Korea
Bila tahun baru datang, pasti jadi kebiasaan nak tahu azam tahu baru apa kan. Maksue mcm biasa takde azam pun. Kalau ada pun azam yg sama yang x pernah nak expired. Yang pasti kita sama2 berusaha untuk jadikan yg terbaik dari sebelumnya. Kalau bukan untuk orang lain biarlah untuk diri sendiri
Dan tahun ni Maksue cuba untuk menjadi lebih berdikari. Tidak terlalu bergantung dgn orang lain. Maksue perasan selama ni Maksue terlalu byk bgantung dengan orang lain. Akibatnya bila tempat bergantung mula goyah Maksue mcm jadi hilang punca. So tahun ni kena berusaha jadi lebih berdikari. Kena berusaha cari jalan cari pendapatan sampingan kalau nak hidup selesa skit. Hihihi elaun menteri2 PM kata kena potong untuk langkah penjimatan. Nampaknya elaun bulanan yg biasa Maksue dpt dah bertahun2 pun kena cantas. Bukan 10% mcm Pak Menteri kena tapi Maksue kena potong 100% pulak tu tanpa sebarang notis. Hihi takpe Maksue faham... jadinya tahun ni kena usaha sendiri ye.... Chaiyok! Chaiyok!
Moga tahun ini akan jadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.