28 October 2011

Racun

Assalammualaikum....

Jumaat penuh barakah. Pejam celik pejam celik dah berada dipenghujung minggu. Minggu ni agak stress skit bagi Maksue, banyak pulak masalah tak terduga berlaku kat opis ni.  Apa pun kena selesaikan jugak satu persatu. Bak kata Maher Zain.... Insya Allah ada jalannya :)

Oh tajuk hari ni takde kena mengena dengan racun.. sama ada racun tikus atau racun rumpai. Maksue sekarang tengah kemaruk dengan drama Korea kat 8TV, dah ler pelakon dia pulak favorite actor Maksue Rain B & Daniel Henny. Sbb tak sabar nak tahu ending dia Maksue dah layan habis episod dia kat Internet. Jalan cerita menarik kisah penyiasatan. Apa kaitan dengan tajuk entry Maksue? takde sebenarnya.... cuma Maksue suka OST dalam drama tu best2 termasuk satu lagu ni. Tajuk dia Poison. Hehehe tengah2 malam dengar lagu ni memang layan habislah.....

Haaa boleh layan lagu tu kat sini... siap ada English translation lagi... hehehe sukaaaa sangattt!


Don’t you know that I am watching you like this
Don’t you hear my heart trembling a little and hesitating
Even though I try to remember and erase it and let you go
My thoughts are only full of you
The secret I really can’t hide is directed toward someone
Though I try to bare with it and block it
All of a sudden I think of you

Though I don’t believe in love
But I believe your eyes
My face which is reflected inside your eyes
That’s enough for me
Though I can’t see tomorrow
I can see your heart
No matter where this road ends as long as I’m with you, I want to walk

I don’t know this beating, it doesn’t seem like mine
When I stay still and listen, you are living inside

Though I don’t believe in love
But I believe your eyes
My face which is reflected inside your eyes
That’s enough for me
Though I can’t see tomorrow
I can see your heart
No matter where this road ends as long as I’m with you, I want to walk

A little secret I can tell you someday
I was able to see love on the moment I first saw you

Though I don’t believe in love
But I believe your eyes
My face which is reflected inside your eyes
That’s enough for me
Though I can’t see tomorrow
To me you are tomorrow
So that I can see the end of this road, I will love only you

05 October 2011

Update!!! Update!!

Assalammualaikum....

heee macam biasa blog bersawang lagi. Harap2 lepas ni rajin le update ye. Memandangkan audit pun dah selesai jadinya masa senggang tu ada ler kan... Tapi minggu ni paksa rela berhempas pulas siapkan dokumen sebutharga pulak. Kena siapkan dalam minggu ni atau pun paling lewat awal minggu depan. Nanti niat nak cuti2 tak diluluskan pulak le tak! 

Hujung minggu hari tu buat xtvt DIY kat rumah dengan bantuan hero2 idaman Malaya Maksue. Kerjanya hanya nak pasang cermin je tapi disebabkan kudrat yang nak memasangnya bukan golongan profesional jadi kerjanya agak mengambil masa.Hehehe tapi syukur alhamdulillah walau pun lambat siap jugak. Lama dah beli cermin ni tapi buat pekasam dalam stor sbb takde orang nak tolong pasang. Nak upah orang datang pasang mcm tak berbaloi le pulak sbb cerminnya bukan banyak mana pun.

Haa nampak tu cermin yang nak dipasang  hanya 6 keping jer... tapi jangan tak tahu, kerja2 memasang start lebih kurang pukul 2... tapi dekat pukul 7 baru siap ye. Macam Maksue cakap tadilah kudrat yang nak memasangnya pun hanya hero2 idaman Malaya jadi kerjanya sangat berhati2. Mungkin ini kali pertama memasang cermin jadi mereka  buat kerja sambil santai2... hehehe Maksue pulak hanya mampu menolong setakat yang termampu.... tolong tengok jelah sambil2 melayan DVD cerita Korea :)


Ok sebelum kerja2 memasang kena susun dekat lantai dulu yer.... nak dapat feel! Ni tengah berkira2 nak pesang menegak ke melintang. Sebabnya nak kena mengukur kat dinding tu. Nak buat alignment supaya nanti takde ler senget2 bila dah pasangkan. Haaa mcm kereta pulak kena buat alignment bagai!


Haaa setelah ditimbang kira, akhirnya pasang menegak lagi nampak hensem bergaya. Jangan tak tau, nak pasang 2 keping yang pertama tu mengambil masa 2 jam lebih. Tu dah campur tolak merokok... minum... sembang2 bagai ler... Kepingan yang berikutnya dah start laju dah. Agaknya mula2 tadi tu nak dapatkan mood dulu. Baru nak adjust2 kemahiran tangan gitu! Heheheh...


Haaa ginilah rupanya cermin yang dah siap dipasang. Syukur alhamdulillah! Sila abaikan keadaan yang bersepah atas meja tu yer.... Terima kasih buat hero2 idaman Malaya yang datang membantu Maksue. Lepas ni nak buat aktiviti tampal2 pulak supaya kiri kanan cermin tu tak nampak kosong sangat... Harap nextweek tahap kerajinan Maksue mencapai tahap maksimum maka cepat le aktivti tampal menampal tu dilakukan hehehe kalau tidak cermin tu sajalah hiasan dinding ruang mkn Maksue tu :)

26 September 2011

H.A.T.I


Hebatnya sekeping HATI. Walau pun  kecil tapi sanggup untuk menampung seribu satu rasa.

23 September 2011

Don't Ever Give Up!

Sekadar memetik kata2 seorang sahabat "Saat diri ingin berputus asa, bisikan hati mengatakan bahawa kamu hampir menuju jaya.... jangan putus asa kerana putus asa itu adalah sahabat syaitan"- Kak Bieyah :)

22 September 2011

Bersawang

Assalammualaikum.
Lama tak ketuk keyboard kat sini. Busy yang semakin melampau2. Tinggal seminggu je lagi ni nak audit. Harap lepas ni life back to normal. Oh ya Syawal pun semakin melabuhkan tirai tapi jemputan rumah terbuka masih lagi meriah. Mana yang  sempat pergi tu Maksue pergilah kalau tak mohon maaf ye tuan rumah.

Minggu ni ada jemputan kenduri kawen xhousemate Maksue. Tak tau boleh pergi ke tidak sebab anak saudara Maksue yang baru habis bercuti nak singgah rumah weekend ni. Harap sangat dapat meluangkan masa pergi kenduri dia ni... agak rapat jugak dengan xhousemate Maksue yang sorang ni. Walau pun pangkat adik dengan dia tapi dia byk berkongsi rasa dengan Maksue. Dapat kad undangan dari dia dan melihatkan jejaka yang bakal diijabkan nanti mampu membuatkan Maksue tersenyum lebar. Benar kata orang, kalau dah jodoh tidak akan ke mana. Walau cinta datang bersilih ganti tapi kalau sudah tersurat itu jodoh kita, terpisah mcm mana pun dia tetap milik kita juga. Maksue doakan kebahagian akan mengiri mahligai yang bakal mereka bina sehingga ke hujung nyawa. Insya Allah :)

05 August 2011

Dugaan

Assalammualaikum.....

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 5 berpuasa. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sepanjang 5 hari berpuasa, dah 2 hari Maksue terpaksa berbuka dalam kereta.  Walau pun keluar pejabat agak lambat, tapi masih juga tersekat dengan kesesakan. Hmm redha jelah. Nampak gayanya sebulanlah Maksue kena berhadapan dengan situasi macam ni. Dan beberapa hari ni asyik hujan petang pulak tu. Bila hujan lagilah jalan sesak. Nasib baik Maksue siap2 letak kurma dalam kereta. So takde lah bila time berbuka tu kena telan air je hehehehe

Haii macam ni le keadaan yang Maksue kena tempoh hari2. Nampaknya selain ujian lapar dan dahaga, bulan puasa ni Maksue juga diuji dengan kesesakan lalu lintas. Kenalah bersabar ye tak....


Semalam pun Maksue berbuka dalam kereta. Sampai rumah hampir pukul 7.50 pm. Sampai2 jer terus bersilat kat dapur. Dah berapa hari tekak Maksue ni teringin nak mkn sotong goreng tepung berempah. Bahan-bahan lain semua ada kat dapur cuma sotong jer takde. Jadinya sblm balik kerja smlm sempat ler mengular ke K4 kejap cari sotong. Akhirnya tercapai jugak hajat nak mkn sotong goreng tepung. Blurrpp!!!! syukur alhamdulillah.

Ni Maksue kongsikan resepi sotong goreng tepung yang Maksue buat semalam. Sedap dimakan panas2 ni :)
Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong sederhana besar ] potong bulat
2 sudu tepung gandum **
1 sudu tepung jagung
**
3 sudu tepung beras **
1/2 sudu teh garam **
1/2 sudu teh serbuk kari  **
1/2 sudu teh serbuk cili 
** ] kalau suka pedas boleh lebihkan sukatan
1/4 sudu serbuk jintan manis
**
1/4 sudu serbuk jintan putih **
secubit gula **
sedikit serbuk perasa **
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan yang bertanda **  
  2. Panaskan minyak dan sementara itu pukul telur
  3. Celup sotong ke dalam telur dan golekkan di atas bahan yang telah digaul
  4. Goreng sehingga kekuningan dan angkat
 Nota :
 Bagi yang suka daun kari, semasa menggoreng boleh dicampur dengan daun kari untuk mendapatkan aroma yang lebih sedap.

04 August 2011

Menanti Dibarzakh

Subhanallah.... pertama kali dengar lagu ni tanpa disedar airmata menitik. Terima kasih pada penulis dan penyanyi lagu ini. Sesungguhnya ia amat bermakna dan cukup memberi kesan di hati....



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

02 August 2011

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum....

Alhamdulillah dah masuk hari kedua bulan Ramadhan. Semalam hampir2 berbuka dalam kereta.  Hari ni pun nampak gayanya Maksue kena keluar lambat lagi dari pejabat. Keluar awal pun mesti sangkut dalam kesesakan. Harapnya bila masuk minggu kedua puasa nanti, jalan sesak tu berkuranganlah yer.... Untuk seminggu ni Maksue kena bertahanlah dulu ye... Kalau dah balik lambat tu, menu berbuka pun ala kadar jelah.

Hai cerita menu berbuka ni, tiba2 tekak ni teringat asam pedas ayam pulak. Kalau nak masak sedap2 kena tunggu weekend ler nampaknya. Untuk tahun ni Maksue cuba nak mengelakkan dari berkunjung ke bazaar Ramadhan. Kalau sekali sekala pergi tu takpelah kan... bukan apa nak mengelakkan pembaziran. Sebabnya Maksue ni jenis makan skit2.... tapi bila berkunjung ke bazaar Ramadhan tu macam2 nak beli. Tapi bila time berbuka makannye sikit je...  last2 tong sampah le jawabnye.

Oh ya... Maksue  nak berkongsi resepi kegemaran Maksue ni. Alahai dah rasa dalam tekak le pulak ni.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam } Potong kecil atau boleh potong ikut suka
Daun kesum } ikut suka nak byk mana
5 helai daun limau purut
 3 batang serai } ketuk2 skit
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
Air secukupnya
garam


Bahan-bahan dikisar:
10 biji cili kering (saya lebih suka guna cili merah hidup + cili padi)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan {optional}


Cara-cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak masak dan tumis serai yang telah diketuk & bahan kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga naik minyak semula.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air.
  4. Didihkan hingga ayam empuk dan tambah garam & bahan perasa secukupnya
  5. Kemudian masukkan daun kesum dan daun limau purut. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
  6. Biarkan seketika dan angkat

31 July 2011

Andai Ini Ramadhanku Yang Terakhir


 andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" 

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH
DILAKUKAN

29 July 2011

S.Y.U.K.U.R

Kesedihan kerana kasut yang buruk akan lenyap apabila melihat orang tanpa kaki...


 Dan kesedihan kerana tiada kaki akan lenyap apabila melihat orang lain tanpa mata...


Semoga kita dijauhkan dari menjadi hamba-Nya yang kufur nikmat

28 July 2011

REASON, SEASON or LIFETIME


 
People always come into your life for a reason, a season, or a lifetime
When you figure out which it is, you know exactly what to do
When someone is in your life for a REASON

It is usually to meet a need you have expressed outwardly or inwardly
They have come to assist you through a difficulty
Or to provide you with guidance and support
To aid you physically, emotionally, or even spiritually
They may seem like a godsend to you, and they are
They are there for the reason you need them to be
Then, without any wrong doing on your part or at an inconvenient time
This person will say or do something to bring the relationship to an end

Sometimes they die. Sometimes they just walk away
Sometimes they act up or out and force you to take a stand
What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled; their work is done
The prayer you sent up has been answered and it is now time to move on

When people come into your life for a SEASON
It is because your turn has come to share, grow, or learn
They may bring you an experience of peace or make you laugh
They may teach you something you have never done
They usually give you an unbelievable amount of joy
Believe it! It is real! But, only for a season
And like Spring turns to Summer and Summer to Fall
The season eventually ends

LIFETIME relationships teach you lifetime lessons
Those things you must build upon in order to have a solid emotional foundation
Your job is to accept the lesson, love the person
And put what you have learned to use in all other relationships and areas in your life
It is said that love is blind but friendship is clairvoyant


Thank you for being part of my life
Whether you were a REASON, a SEASON or a LIFETIME

27 July 2011

TNB Cekik Darah


Ni bil bulan lepas yang Maksue terima. Bil yang sangat tinggi dibanding dengan isi rumah yang ada. Dan penggunaan elektrik di rumah Maksue adalah sangat2 minimum. Siang memang hanya peti sejuk je yang on. Kalau malam, hanya on beberapa lampu, TV pun pasang sekejap jer... lepas tu aircond pun on sekitar  pukul 7pm hingga 7am. Dan 3 bulan dapat bil melambung macam ni.


Baru2 ni baca dekat wall facebook member berkenaan bacaan meter yang bertangguh 2 bulan oleh pihak TNB. Kalau betul... adakah ini yang menyumbang kepada bil elektrik rumah Maksue yang melambung2 tu. Artikel ni Maksue copy paste dari wall FB member Maksue... sumber asal Maksue tak tahu sbb member tu nyatakan.

********************

 
Pendedahan Panass!!! Bacaan Meter Elektrik Dua Bulan sekali Mengundang Penipuan Oleh Pihak Tenaga Nasional.. Jom Bongkar...

Bacaan meter elektrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.

TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Inimaklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.

Tujuannya dapat dijangkakan. Bukahkah Pos Malaysia telah melakukan pelbagai urusan sampingan seperti pembaharuan lesen memandu, pembayaran bil domestik, daftar pengundi dan sebagainya. Apa tujuannya? Pos Malaysia mungkin gulung tikar jika tidak diberi oksigen. Jadi Pos Malaysia kena kaut lagi melalui mou dengan TNB. Siapakah menjadi mangsa sebenar? Apakah TNB mahu rugi kerana dipaksa menyumbat oksigen kepada Pos Malaysia? Jawapannya pasti, TIDAK. Cara kapitalis berniaga pasti mengenakan pelanggannya. Macam mana TNB mahu ‘cover’ caj RM3.00 yang dikenakan oleh Pos Malaysia?
Berikut ceritanya.

Semasa bil secara pos, anggaran penggunaan tenaga direndahkan. Contohnya, pengguna yang biasa menggunakan secara purata 1 500 KW dalam tempoh dua bulan, maka anggaran bil yang dilakukan secara pos direndahkan kepada 400 KW sahaja untuk bulan berkenaan. Maka pada bil kedua di mana pembaca meter datang ke premis, bacaan penggunaan dikira untuk tempoh dua bulan sekali gus, menjadikan jumlahnya 1 500 KW. Di sinilah pengguna diperkenakan. Benar, jumlah bayaran ditolak dengan bayaran bulan terdahulu untuk 400KW itu, tetapi nampakkah bil tuan-puan dicaj tariff sehingga peringkat keempat yang mahal itu? Di sinilah TNB ambil keuntungan secara tipu. Mengapa? Perhatikan pengiraan di bawah apabila sistem pos dilaksanakan, pengguna terpaksa membayar seperti berikut:-

1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00
200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60
200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40
100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70

Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik.

Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:-
750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. Itu baru seorang pelanggan.

Kiralah sendiri kalau 100 000 pengguna menjadi pelanggan wajib TNB.

Natijahnya, KPDNKK dan persatuan pengguna perlu bertindak segera. TNB dan Pos Malaysia perlu memberi penjelasan sekiranya maklumat dan pengiraan ini tidak tepat. Penulis mendapat maklumat ini setelah pegawai TNB sudah tidak tanah terima caci maki para pelanggan kerana bil berganda. Lalu beliau terlepas cakap dengan katanya, “ini agenda politik”. Rakyat tanyalah diri sendiri, “ ini agenda politik siapa?”. Mahukah lagi rakyat mengekalkan parti yang memainkan agenda jahat ini?

"KAMI MOHON BACAAN READER BULANAN DAN JIKA TAK MAHU SELESAI JUGA.. KAMI TAK HALAL DUNIA AKHIRAT DUIT ROMPAKAN TNB ITU.

25 July 2011

5 Simple Rules for a Happy Life



“If you want to live a happy life, tie it to a goal, not to people or things.” – Albert Einstein


22 July 2011

Manjakan Diri

Assalammualaikum...

Maksue sangat2 suka pergi facial & SPA. Maksue tahu orang lain pun sukakan... siapa yang tak suka bila diri dimanjakan setelah badan penat bekerja. Cumanya nak pergi selalu tu tak boleh le kan disebabkan kewangan tidak mengizinkan. Tapi semenjak dua menjak ni banyak pulak online offer untuk SPA / facial ni. Maksue apa lagi bila ada yang murah rembat jelah. Jadinya setiap bulan pasti akan berkunjung ke pusat2 kecantikan yang ada buat promosi tu.

Beberapa bulan lepas Maksue ada beli dua SPA voucher melalui MilkADeal. Satu Maksue dah gunakan bulan Mei hari tu. Ni ada satu lagi tak digunakan. Memandangkan badan Maksue ni dah penuh dengan angin ditambah pulak stress dengan kerja-kerja kat opis tu. Sebelum  balik kampung hari tu Maksue pun buat le appointment kat S SPA tu.

Jadinya beberapa hari lepas Maksue pun berkunjung ke SPA tersebut dengan harapan dapatlah memanja2kan diri. SPA ni terletak di Mount Kiara. Appointment Maksue sepatutnya pukul 5.30 petang tapi Maksue tersampai awal pulak lebih kurang pukul 4.45 pm.


SPA tu terletak kat tingkat 3. Nak naik lif dah nampak dah signboard ni kat depan lif. Tepi2 lif tu pun ada deco skit depa letak  batu2 halus.... Wah macam bestkan. Sebab tengok dekat website S SPA ni boleh tahan jugak decoration dia.




Ok sambung cerita, bila melangkah masuk je SPA tu Maksue tengok lengang semacam le pulak. Yang ada hanya 2 orang pekerja je. Mungkin sebab Maksue sampai awal kot. Dan ni le rupanya kaunter kat SPA tu. Takde orangkan....  

Memandangkan takde customer lain masa tu, dalam hati dah berbunga2 dah ni. Mesti dapat layanan best ni. Tapi masuk2 je SPA tu dia terus minta voucher Maksue dan lepas tu dia terus bwk masuk bilik. Tak sempat2 nak melepaskan lelah berjalan dah terus suruh masuk bilik. Terpinga2 kejap Maksue dibuatnya. Ehh...  baru perasan takde welcome drink ke mcm kat SPA lain yg Maksue biasa pergi? Takde cuci2  kaki dulu ke sebelum masuk bilik rawatan? Lepas tu berjalan ke bilik tu pun berkaki ayam je? Selipar tidur tu takde ke? Hati dah rasa tak berapa nak sedap dah ni... Bukannya Maksue nak demand ke apa ye... tapi dah memang standard SPA yang biasa Maksue pergi mcm tu... takpe lagi cuba pujuk hati sendiri ni, mungkin mereka terkejut kot sbb Maksue sampai awal hehehe...

Ok sambung balik, dah masuk kat bilik tu lagi rasa terkejut skit. Keadaan bilik sebenar tak sama dengan ilustrasi yang ada kat MilkADeal tu... kecewa lagi. Sebabnya tahap kebersihan bilik tu agak kurang memuaskan. Cuba lagi pujuk hati dengan harapan service yang dorang bagi nanti tiptop le kan. Dah masuk bilik tu beautician yang akan melayan Maksue tu bagi tuala minta Maksue buka semua pakaian. Erkk... 

Maksue tanya balik "Buka semua ke dik? termasuk seluar dalam?" Hohohoho beautician tu jawab " Ye kak, termasuk seluar dalam. Akak pakai tuala tu je" Terkejut lagi ni.... sbb biasa kalau suruh buka semua dorang akan bagi seluar dalam yang pakai buang tu. Ishh kalau tahu tadi Maksue bawak seluar dalam spare. Sabo jelah!

Ok 1st treatment yang Maksue dapat adalah body scrub. Beautician tu sental badan Maksue guna garam. Wangi jugak le garam tu. Tapi sedihnya dia gosok2 gitu je... Takde adegan sental menyental ok! Tak sampai 10 minit dah siap! Lepas tu dia bawak Maksue ke bilik sauna. Sauna ambil masa 20 minit dia kata. Tapi macam biasa Maksue kalau bersauna paling lama pun 10 minit macam tu.


Habis sauna dia suruh Maksue mandi. Kat atas tu gambar tempat mandi tu ye! ada shampoo dan shower cream disediakan. Tapinya... yg buat Maksue lagi kecewa tu tempat mandi tu air bertakung kat situ. Tersumbat agaknya.... geli geleman dah ni tengok air bertakung tu siap ada rambut2 bagai. Sudahnya Maksue lap2 je badan... Siap lap2 Maksue panggil beautician tu untuk next treatment. Massage time! Nasib baik  le dia massage best! Ambik koo.... sendawa tak sudah Maksue dibuatnya. Habis keluar angin2 yang bertapa kat badan Maksue  ni. Massage lebih kurang 45 minit dia buat. Ishhh pesal kejap je ni!!!


Habis massasge dia suruh Maksue mandi lagi sekali. Lepas mandi dia suruh pakai baju siap2 dan kemudiannya tu buat facial. Mandi??? lagi sekali....nak kena masuk kat tempat air yang bertakung tu. Entah2 orang sebelum ni siap kencing lagi kat situ. Nampak tak air bertakung kat gambar atas tu?? siap ada buih2 lagi tu. Maksue malas nak komplen le kan... konon baik le tu. Dengan terjengkit2 tu Maksue mandi gak le ala kadar. Lepas mandi siap2 pakai baju... ready untuk facial lak. Maksue tengok jam baru pukul 6.10 pm. Ishh awal lagi ni.

Ok cerita bab facial lak. Maksue rasa pelik gak ni. Sebabnya dalam bilik tu takde pun nampak peralatan untuk buat facial. Alih2 beautician tu datang dengan besen. Mak aih!  Dia suruh Maksue baring, lepas tu dia cuci muka Maksue... lepas tu dia scrub! Lebih kurang 10 minit le aktiviti tu. Lepas bersihkan scrub kat muka dia kata pakai mask ye kak! Ehh... takde steam2 dulu ke muka Maksue yang manis ni??? Ni bukan buat facial ni... ni mcm rutin Maksue kat rumah je.... cuci muka... scrub... lepas tu pakai mask.! Sudahnya facial Maksue selesai tak sampai setengah jam. Jadinya jangkamasa treatment Maksue tu tak sampai pun 2 jam. Sepatutnya kalau ikut voucher tu 2.5 hours. Aduhai.... kecewa sungguh!

Jadinya, apa yang Maksue boleh katakan service yang Maksue dapat memang sangat2 mengecewakan. Ditambah lagi dengan kebersihan bilik rawatan yang sangat2 tidak memuaskan. Maksue tahulah rawatan yang Maksue beli tu based on yang promotion. Tapi takkan kualiti service pun kena cut jugakkan! Lahai... kalau orang bagi voucher free pun Maksue tak nak pergi dah SPA tu. Daripada 5 bintang Maksue bagi 2 bintang jelah. Tu pun sebab massage dia sangat best! Orang lain mungkin dapat pengalaman manis di SPA ni tapi Maksue tidak. So kesian :(

21 July 2011

Pelik Tapi Benar

LOS ANGELES: Keluarga pasangan Angelina Jolie dan Brat Pitt mungkin yang paling eksotik di Hollywood, begitu juga cara pemakanan mereka.

Pasangan selebriti itu pernah membawa keenam-enam anaknya bercuti di kebanyakan negara di Asia dan tidak ketinggalan menjamah makanan tradisional setiap negara yang dikunjungi.

etika berada di Kemboja, Jolie memperkenalkan makanan ringan yang berasal dari negara kelahiran anak angkatnya, Maddox, 9. Tanpa disangkanya, makanan ringan iaitu cengkerik goreng itu menjadi kegemaran anaknya yang lain.

“Anak lelaki saya, Maddox dan Pat, 7, sangat gemar makan cengkerik goreng. Saya kagum melihat mereka makan makanan eksotik itu seperti mengunyah kerepek kentang Doritos,” kata Jolie yang juga ibu enam anak dalam rakaman video Louis Vuitton ketika membuat rakaman iklan terbaru jenama terkenal terbabit di Kemboja, baru-baru ini.

Bintang popular berusia 34 tahun itu berkata walaupun beliau menggalakkan anaknya mencuba makanan tempatan negara berkenaan, tetapi beliau terpaksa menghalang mereka daripada terus ketagih untuk menikmati makanan ringan itu.

“Mereka tidak henti-henti mengunyahnya dan membeli beberapa bungkus untuk dibawa pulang. Saya terpaksa melarang mereka makan makanan ringan itu kerana bimbang mereka jatuh sakit kerana memakannya terlalu banyak. Tetapi mereka kelihatan baik-baik saja dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan akibat memakan serangga berkenaan,” katanya.
Walaupun cengkerik menjadi makanan kegemaran dalam menu keluarga Jolie dan Pit, pasangan pelakon popular itu berkata mereka sekeluarga masih belum berani untuk mencuba hidangan eksotik lain di Kemboja seperti labah-labah goreng atau sup serangga.

“Ia makanan pelik. Saya tidak tahu jika saya boleh menjamah serangga itu, tetapi saya percaya kita perlu mencuba makanan itu terlebih dulu sebelum mengetahui sama ada kita akan menyukainya,” kata Jolie.

Cengkerik bukanlah perkara baru dalam diet pasangan Jolie-Pitt. Menurut buku What the Great Ate: A Curious History of Food and Fame, lipas antara makanan kegemaran pasangan terkenal Hollywood itu.
Sumber :  Berita Harian

19 July 2011

Angin Satu Badan

Assalammualaikum....

Tajuk entry macam marahkan.... sebenarnya Maksue tak marah pun. Cumanya Maksue ada masalah angin dalam badan. Orang kata, angin dalam badan ni berpunca dari pemakanan. Mungkin jugak kot sebab Maksue ni memang jenis yang suka makan. Pantang nampak orang kata, semua lalu je kat tekak Maksue ni. Hanya tolak batu dan kayu jelah. Tapi  kalau jambu batu dan ubi kayu tu memang pebret Maksue jugak tu.

Ok berbalik cerita angin dalam badan ni, semenjak kebelakangan ni Maksue rasa badan Maksue ni memang penuh dengan angin. Kalau urut tapak kaki skit pun Maksue boleh sendawa. Tapi yang paling tak tahan bila angin tu naik ke kepala. Nak driving  pun rasa takut sbb mata jadi berpinau2. Jangan pulak nanti disebabkan angin dalam badan ni Maksue cepat naik angin pulak. Naya tu hehehehe... bila angin dah penuh satu badan kalau bawak mengurut ni sedap ni... selain mengurut ada cara lain tak ye nak buang angin dalam badan ni ye? Maksue dah cuba gak amal minum air halia kebelakangan ni, tapi angin tu ketegaq betul le tak nak keluar.. huhuhu tak tahan sehh bila angin dah naik sampai ke kepala..

18 July 2011

Bersawang

Assalammualaikum....

Lagi blog Maksue ni bersawang. Hampir sebulan tak dijengok. Hari tu busy dengan audit. Baru2 ni ada hal keluarga pulak. Hampir 2 minggu balik kampung dan hampir 2 minggu juga terputus dengan dunia Internet. Kalau online pun setakat dekat phone je jengok2 FB.

Hari ni baru berkesempatan nak jengok itu pun otak tepu tak tahu nak bebel apa.  Hari ni ingat nak update pasal kemalangan abang Maksue 2 minggu lepas tapi cable BB pulak  hilang. Entah siapa yang pinjam tak reti nak pulang balik. Ada beberapa gambar yang Maksue nak kongsikan dalam blog Maksue ni. Nantilah bila mode menulis tu ada  Maksue update pasal kemalangan abang kesayangan Maksue tu.

Oh ya, pagi tadi member Maksue pagi2 buta lagi mesej ajak bercuti ke luar negara. Katanya ada promosi tambang murah. Oh Maksue ketinggalan rupanya. Entahlah semenjak dua menjak ni Maksue tak berapa teruja bila mana-mana syarikat penerbangan buat promosi tambang murah. Tak macam dulu2 bila ada promosi je sanggup berjaga malam semata-mata nak beli tiket dengan harga murah. Lepas tu bila dah beli tu tak pulak pergi. Bila tiba masa nak pergi tu ada je halangan yang menghalang. Akhirnya tiket tu hangus macam tu je... yang untungnya syarikat penerbangan tu le. Kita ni melopong macam tu je le, nak refund balik pun tak boleh. Mungkin disebabkan banyak kali terkena mcm tu rasa teruja tu makin kurang. Sekarang ni pun selalu sangat ada buat promosi. Oh ya, bulan ni pun  ada jugak tiket Maksue balik kampung yang tak digunakan. Tiket tu sepatutnya 14/7 hingga 18/7 tapi Maksue terpaksa balik awal disebabkan ada hal keluarga. Jadinya kena beli tiket lain. Tiket yang dah lama beli tu hangus macam tu saja disebabkan percanggahan jadual cuti Maksue. Tapi nak buat macam manakan, kita hanya mampu merancang. Apa yang berlaku kemudian Allah jua yang tentukan.

Berbalik dengan sms member Maksue yang ajak bercuti ke luar negara tu. Ingatkan dia nak ajak pergi jauh le kan sbb bukan main lagi pukul 5 pagi hantar sms. Tempat yang dia nak pergi tu rupanya dekat je. Nak bercuti ke Singapore aje. Tapi bila fikir2  balik betul le tu kan dia nak bercuti ke luar negara. Tapi sayang tarikh yang dia nak pergi tu Maksue balik kampung. Tiket tu dah lama beli pun... kang cancel lagi rugi le Maksue. Tapi apa2 pun dalam takde rasa teruja tu beli jugak tiket ke Penang. Alhamdulillah... dah ada yang murah beli jelah! Harapnya takde halangan le  nanti. Dah lama teringin nak jalan2 ke Penang. Last sekali jejak kaki ke Penang masa Maksue study dulu. Tak silap sekitar tahun 1997 mcm tu. Wah dah berbelas tahun jugak le ye..... Hai teruja ni!!

28 June 2011

Kisah Hati

Assalammualaikum :)

Sangat2 bz semenjak dua menjak ni. Dan tak sabar nak habiskan audit! Tinggal esok je lagi... harap2 lepaslah nanti untuk 2nd audit. Habis je audit ni, nak rehatkan otak sblm diperah untuk kerja-kerja seterusnya. 2 minggu lagi nak balik kampung. Harap2 cuti Maksue diluluskanlah ye... Dah rindu sangat kat ayahbonda ni. Dan lagi rindu kat cinta hati Maksue yang semakin bijak sekarang ni. Sabarlah wahai hati... ada 2 minggu lagi!


Oh ya, Maksue tengah kemaruk dengan lagu Alyah sekarang ni. Hari2 dok layan lagu ni sambil buat kerja. Klip video pun boleh tahan jugak. Lagu ni sedih sebenarnya... berbekas betul dihati :(  Jom layan perasaan sat!!!


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

20 May 2011

♥ ♥ ♥ Bertemu Cinta ♥ ♥ ♥

Aduhai... lama Maksue tak jengok blog sampai dah bersawang2. Semenjak sibuk dengan audit ni sampai lupa pasal blog. Balik rumah pun badan dah letih, jika takde keperluan memang tak on lappy dah! Banyak cerita ceriti nak dikongsi tapi tak tahu nak mula dari mana... cuma yang pasti Maksue terpanggil2 untuk menonton Nur Kasih The Movie ni... Harap esok tiket tak sold out ler yer :)

Tadi dekat MHI ada sikit review pasal filem ni. Baru sehari ditayangkan nampak sambutan agak luar biasa. Oh Maksue tertarik dengan salah satu lagu tema filem ni. Sangat2 menyentuh hati.. melodi pun sangat indah untuk didengar

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Chorus
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati
Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Ulang Chorus

Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata

Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

04 May 2011

Mother's Day | Hari Ibu

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.



Psstt : 
Kasihnya ibu membawa ke syurga.... kasihnya saudara masa berada. Tidak perlu ada hari khusus untuk meraikan mereka, kerana sebagai anak seharusnya kita menghargai dan menyayangi mereka setiap masa selagi masih ada hayat dikandung badan.
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template